Terpaku seorang diri,dihadapan bara api yang membakar tubuh Chiell,air matanya turun mengalir membasahi pipinya,walaupun wajahnya tidak tergambar apa yang dirasainya,namun jauh tersembunyi,dia sedang menanggis teresak-esak,menjerit-jerit memanggil abangnya yang kini tiada lagi untuk menjadi tempat dia mengadu.
"Nisan! Nisan~!"Jeritnya lagi memanggil Chiell yang terbaring diatas pembakar,pucat.
Chansung yang baru sahaja tiba turut berada ditapak pengebumian itu,dengan berpakaian formal hitam dan bercermin mata,berdiri agak jauh dari para hadirin yang hadir memandangkan kehadirannya hanya akan mencetuskan kemarahan kepada mereka.Angin yang bertiup terasa kurang bermaya,Chansung menanggalkan cermin matanya sebaik sahaja terlihat tubuh yang dikenalinya berhampiran jasad Chiell.
"Claire..."bibirnya mengungkapkan perlahan nama tubuh tersebut,angin yang membawa bisikkannya membuatkan Claire secara tidak langsung lantas menoleh kearahnya.Mata biru milik Claire kelihatan kurang bermaya bersama muka yang agak sembam dan pucat membuatkan hati Chansung terasa sakit,kalau hendak diikutkan hatinya,Ingin sahaja dia memeluk tubuh Claire dan membisikkan betapa sayangnya pada Claire,namun ianya mustahil.Apa yang dia mampu lakukan hanyalah menyokongnya dari jauh. "...Maaf.."bisiknya lagi,dengan menundukkan sedikit kepalanya dan berundur dari tempat itu.
No comments:
Post a Comment